Tuesday, 27 December 2016

intern diary

Pada minggu ini ,semua pembantu muzium dan pelajar praktikal sibuk menyediakan tempat dan merancang aktiviti untuk program rakaman Destinasi Selebriti yang akan disiarkan di saluran RTM.
Pengacara untuk program ini ialah Syed Aiman . kesemua pelajar praktikal terlibat sebagai pelakon tambahan untuk meramaikan suasana ketika rakaman sedang berlangsung. Rakaman ini mempunyai slot demontrasi masakan dan permainan bendang.
Haji khalib memberi penerangan mengenai cara menyerkap ikan kepada krew dan pelajar

Demontrasi pembuatan kuih tradisional 

Sesi bergambar bersama semua krew dan pekerja Muzium Padi

Acara menyerkap ikan

Wednesday, 26 October 2016

Intern diary 5


Minggu ini semua staff dan pelajar praktikal perlu siakan persiapan untunk rakaman "Taste Selebriti"  untuk siaran Astro Bella. 


Bersama pengacara Ayu Raudah


Intern diary 4

Saya telah melawat Balai Seni Negeri Kedah dan berjumpa dengan EN kamarulzaman (pembantu muzium). Beliau telah mencadangkan beberapa seni ukiran dan lukisan yang harus diletakkan di dalam projek yang bakal saya laksanankan.

Dalam tempoh dua bulan ini, saya telah pergi ke Balai Seni sebanyak 2kali. Pada kali ke 2. saya telah berjumpa dengan En Badri Sham (penolong kurator). Beliau memberi salinan prposal pembuatan ukiran kayu rumah tradisional.
ukiran rumah tradisional di Balai Seni
Maklumat mengenai semua artifak yang bakal dimasukkan ke dalam projek  hampir 60% siap..tetapi masih menunggu email  mengenai maklumat artifak yang lain.

Saturday, 8 October 2016

intern diary minggu 3

Assalamualaikum semua..
sempena dengan minggu Pameran Silang Budaya anjuran Muzium Negeri Kedah yang melibatkan beberapa buah muzium di Malaysia, saya dan rakan-rakan yang lain amat sibuk untuk menyiapkan tugas masing-masing. Saya bertanggungjawab mereka 'backdrop' untuk diletakkan di kawasan luar dewan. Saya menggunakan sofware adobe photoshop cs6.
Backdrop yang direka

Kami juga perlu menyediakan dan menghias kawasan pameran. pengalaman dalam melaksanakan dan menyiapkan majlis untuk perasmian Pameran Silang Budaya juga amat berrmakna.

Gambar kenangan bersama Pengarah Muzium Negeri Kedah dan Pengarah Muzium Melaka

Saturday, 24 September 2016

Intern diary minggu ke 1..2..

Assalamualaikum semua..
Baru saya tahu yg hidup sebagai pelajar praktikal kadang2 mencabar jugak..huhuh
Pada minggu pertama adalah sesi perkenalan..agak lama jgk sy dgn pelajar yg lain tercari-cari tugas kami..mggu pertama mcm rileks jap sbb belum ada tugas yg diberi..
Sy juga baru tahu yg Muuzium Negeri Kedah ada menandatangani MOU dgn UUM untuk pembangunan laman web..
Pada hari selasa 6.9.2016 pensyarah UUM dtg untuk mesyuarat mengenai projek tersebut.. dan berbincang mengenai tugas yang bakal kami laksanakan.
Pensyarah uum yang datang untuk membincangkan mengenai Laman Web


Bergambar bersama pensyarah dan penolong Kurator Muzium Padi
Selepas sahaja mensyuarat dan semua pensyarah pulang.. sy dan rakan2 menyiapkan 'banner dan backdrop untuk majlisPerasmian Silang Budaya.


Sunday, 4 September 2016

Hari Pertama Praktikum

1-9-2016 merupakan hari pertama saya sebagai pelajar praktikum di Muzium Negeri Kedah. Pada awalnya memang berdebar untuk membiasakan diri di tempat baru. tetapi apabila sampai di sini saya melihat kelibat beberapa orang lagi pelajar UUM. Mereka pelajar jurusan Multimedia. walaupun tidak kenal rapat tetapi mereka sangat peramah.

Kami diminta untuk melapor diri kepada En.Amran. pada hari tersebut. selepas berjumpa dengan En Amran, beliau meminta kami turut serta menghadiri acara yang diadakan oleh pihak Celcom di dalam dewan muzium. Selepas habis ceramah tersebut ,En Amran meminta kami  datang semula pada hari ahad untuk membincangkan dan membahagikan kami ke bahagian yang berkaitan.

Muzium Negeri Kedah Darul Aman
         


4-9-2016 hari kedua kami bakal ditentukan bahagian yang sepatutnya kami berpraktikal, tetapi terpaksa ditangguhkan keesokkan hari disebabkan terdapat hal yang tidak dapat dielakkan oleh pihak atasan. walaupun masih belum mendapat tempat yang sepatutnya, saya melihat suasana kerja di sini amat menarik. Pekerja di sini juga ramah dan banyak membantu kami.